Sunnah Buka Puasa Adab Rasulullah SAW.
1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa”
(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Berdoa sebelum dan setelah berbuka puasa.
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda berdoa: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.

(Riwayat Abu Daud)
3. Menyegerakan sholat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air.

Sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.
Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

(Surah al-`Araf:31).
Baginda s.a.w. menyebut “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. (Riwayat Tirmizi)
5. Rasulullah berdoa untuk mereka yang menjamu berbuka puasa.
Dari Anas r.a, “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.

Demikian adab-adab yang terkandung di dalam sunnah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

sumber: